As salam dan salam sejahtera.
Keindahan
akik yaman tidak dapat dinafikan lagi. Keunikan akik yaman terserlah
dari segi warna, gambaran yang terbentuk dan gaya potongan batu akik "ala songkok".
Akik yaman juga pernah disebut dalam sabda Rasulullah SAW iaitu
pakailah cincin dengan permata akik kerana ianya membawa berkah. Dalam
sabda Rasullah SAW yang lain mengatakan pakailah batu akik kerana ianya
akan menghindari dari kesusahan selama mana memakainya. Barang siapa
yang menggunakan akik tidak akan hilang darinya kebaikkan. DiSunnahkan
untuk memakai cincin dengan permata akik kerana ianya membawa kebaikan,
disaat menghadapi kesusahan dan ketika berdoa.
Merujuk pada riwayat yang lain mengenai permata akik atau akik merah, riwayatkan dari Ja’far bin
Muhammad dari ayahnya tentang wasiat Rasulullah SAW kepada Ali: Wahai Ali,
pakailah cincin di jari sebelah kanan, kerana itu merupakan keutamaan dari
Allah SWT bagi orang-orang yang dekat kepadaNya [al muqarrabin]. Ali bertanya:
Dengan apa ? Rasulullah menjawab: Dengan Akik Merah, kerana Akik merah itu
gunung pertama yang tunduk kepada Allah dengan keesaanNya. Dan ia merupakan
batu pertama yang menerima kenabian Nabi Muhammad SAW.
Penggunaan
logam juga perlu diambil perhatian, sebaik baiknya logam atau bahan
buatan yang digunakan untuk membuat cincin dari perak. Untuk
pengetahuan umum, pemakaian cincin adalah Sunnah Rasulullah SAW dan
cincin yang dipakai Beliau adalah dari bahan logam iaitu perak dan
permata yang diikat dari cincin perak itu dari jenis akik.
Diingatkan
bahawa segala kelebihan sesuatu itu semua datang dari Allah SWT dan
dengan izinNya sahaja kerana Maha Mengetahui, Maha Mencipta dan
segala-gala di dunia. Tiada yang lebih berkuasa selain dariNya.
Bersama
dengan ini, saya ingin menjual koleksi permata permata yang khususnya
datang dari Yaman. Potongan permata "ala songkok"". Potongan tersebut
adalah "trademark" permata yang datang dari bumi Yaman. Permata akik
adalah asli dan keunikkannya dapat dilihat. Inn Sha Allah. Terdapat juga
barangan yang lain untuk perhatian umum. Sebarang kekurangan atau
kesilapan datangnya dari diri saya sendiri dan segala kelebihan dan
kebenaran datangnya dari Allah SWT.
No comments:
Post a Comment